KEM MEMBACA IMALAYSIA 2009
Kem Membaca 1Malaysia peringkat kebangsaan akan dilancarkan pada 30 Oktober 2009 di Sekolah Wawasan, Subang Jaya, Selangor. Kem ini mensasarkan pelajar-pelajar yang baru lepas menduduki peperiksaan UPSR dan PMR 2009. Walau bagaimanapun bagi pelajar yang sudah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun juga digalakkan terlibat secara aktif. Tujuan Kem ini adalah untuk mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan, mengerakkan program/aktiviti galakan membaca dan meupuk minat membaca secara berterusan. Sehubungan itu sepanjang minggu mulai 2 November 2009 semua sekolah seluruh Malaysia akan mengadakan berbagai aktivti seperti pameran buku, bicara buku, pertandingan membaca, penulisan esei, Prgram Jejak Maklumat dan macam-macam lagi. Sekiranya sekolah anda tidak menyahut seruan Kem ini bertanyalah kepada Guru Perpustakaan dan Media mengenainya. Oleh itu, ahli-ahli RakanNilam digalakkan terlibat secara lebih aktif dan jangan lupa berkongsi bahan bacaan anda di paparan web masing-masing.